Tuesday, December 10, 2013

Arahan Dr. Issham Ismail Untuk Tugasan JTP293

Tugasan: Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu portal atau blog pendidikan berkaitan bab-bab tertentu daripada buku teks. Di dalam portal yang dibangunkan mestilah mempunyai kandungan-kandungan pelajaran yang berkaitan dengan bab yang akan dibuat. Bahan-bahan yang dijangka didalam portal mestilah nota-nota, video, audio ,animasi dan lain-lain perkara yang berkaitan untuk menarik minat orang ramai untuk melawat portal yang dibangunkan. Portal yang dibangunkan mestilah menyeluruh dan dibenarkan mempunyai beberapa mukasurat (pages). Portal yang paling menarik akan menerima markah yang tinggi.

JTP293 Perniagaan Antarabangsa





Pengenalan JTP 293 - Perniagaan Antarabangsa: Kursus ini merangkumi aspek perniagaan antarabangsa yang meliputi persekitaran perniagaan antarabangsa, syarikat antarabangsa, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan pengeluaran dan pemasaran yang diamalkan dalam perniagaan antarabangsa.